sape tak kenal dengan pemimpin kebanggaan Malaysia ni. Tun Mahathir Mohamed, ramai yang mengagumi beliau terutamanya cara beliau menangani masalah kemelesetan ekonomi sekitar 1997-1998 semasa beliau menjadi PM Malaysia yg keempat ketika itu, selama 22 tahun mnjadi PM banyak pembangunan dan perubahan yang dilakukan. beliau adalah seorang pemimpin yang bijak. dan banyak lagi yg kita boleh tau pandangan beliau dalam blog beliau iaitu Che Det
![]() |
| TUN DR MAHATHIR |
Ini adalah petikan dari blog sanusi junid. mengagumkan, Unuversity Harvard jadikan Tun Mahathir sbg matapelajaran kuliah mereka
22. Sebagai seorang yang pernah belajar dalam bidang ekonomi dan kewangan di dua buah universiti, di England dan juga di Jerman Barat, sebelum tembok Berlin dirobohkan, dan mendapat gelaran professor dari University Nanjing di China dan kemudiannya menjadi presiden Universiti Islam Antarabangsa selama 8 tahun, saya dapat menyatakan bahawa kejayaan Tun Dr. Mahathir dalam mengendalikan ekonomi Malaysia di waktu krisis matawang dahulu ialah disebabkan beliau bukan seorang yang berkelulusan di bidang ekonomi.
23. Tun Dr. Mahathir ialah seorang doktor. Beliau tidak terikat dengan mana-mana teori ekonomi yang dipelupuri oleh seseorang professor terkenal dari mana jua universiti terkenal di dunia ini.
24. Jika Tun terikat atau dipengaruhi oleh teori dan pemikiran ekonomi yang ada maka beliau tidak akan berjaya menentang IMF dan Bank Dunia dengan mengendali ekonomi Malaysia secara pragmatik. Itulah sebabnya Harvard University kini menjadikan cara Tun Dr. Mahathir menghadapi krisis matawang sebagai mata pelajaran dalam kulliyyah mereka.
25. Kini Tun Dr. Mahathir sudah dianggap sebagai pakar ekonomi terulung di dunia dan telah dihubungi untuk mendapat nasihat oleh pemimpin dan pentadbir dari negara-negara luar. Sebagai seorang yang tangkas membuat keputusan yang pragmatik, dan di luar dugaan, Tun Dr. Mahathir terbukti berjaya menyekat penyangak matawang seperti George Soros yang berkelulusan dari London School of Economics, di penghujung tahun lima puluhan, dibantu oleh pakar-pakar yang ahli dalam mengkaji aliran, rajah, formula, model dan lain-lainnya.

*JASAMU DIKENANG*

1 comments:
Bdk Botak pon suka dia, he3...
Entry terbaru Pendrive Berbentuk Sperma - 10 USB Pendrive Menarik... (",)
Post a Comment