BORANG KAHWIN

Bukan mudah juga la prosedur nak kahwin, banyak masa yang diperlukan untuk berulang alik.
Kerja kat Shah Alam, rumah kat Pahang. Banyak la kene ambik cuti sebab nak balik Pahang menguruskan hal ni.

Mula2 survey kat internet, kata boleh download je borang kahwin kat. Nak downloand senang je, memang ada kat laman web Jabatan Agama Islam Pahang tu. Tapi sebab kurang yakin, ambik jugak lah cuti sehari balik Pahang.

PErgi la ke Jabatan Agama kat Bandar Pusat tu, cakap je nak ambik borang nikah, nanti dia bagi la borang warna kuning, (same je macam yang aku print dari laman web tu, cuma kertas warna kuning.

PAstu dia Tanya tinggal kat mana, belah laki tinggal kat mana, pastu dia brief la serba sedikit pasal borang ni, mana yang kene isi, apa yang perlu bawak asal/salinan, lepas tu dia bagi date perlu submit borang tu semula bersama2 dengan borang belah lelaki yang lengkap di isi dengan semua dokumen yang diperlukan (Tarikh tu sebulan sebelum tarikh nikah);

Antara dokumen yang diperlukan yang aku ingat la:

  • Borang saringan HIV lengkap
  • Surat Nikah mak ayah (bagi perempuan je)
  • Sijil Kursus kahwin
  • ic dsb
Lepas tu, lengkap kan lah borang tu. Nak kene ada tandatangan ketua kampong dengan Tok KAdi, yang ni aku serah dekat ayah aku je untuk setle kan

Mas kahwin Pahang RM 22.50, nak buat mas kahwin RM lain tak boleh. Tok Kadi tempat aku tak bagi

Tapi selalu dengar tempat lain, boleh je buat mas kahwin lebih tinggi dari yang ditetapkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

19 September 2015


Tarikh keramat......

Alahmdulilillah...semuanya berjalan dengan lancar pada tarikh keramat tu....
Tu lah tarikh nikah aku dengan ...... Hari Jumaat malam,


Pukul Tujuh petang mak Andam dah call nak datang rumah, suruh siap2 pakai baju ada butang depan dan sediakan kerusi bersandar. Pahtu cakap la kat dia nak solat dulu, masuk waktu terus je solat. Tu pun Mak Andam dah risau takut tak sempat make-up.

First time kene make up, macam di tonyoh2 muka ni..hahahah.... Sejam lebih jugak ar nak siap. Perancangan nya akad nikah lepas isyak,

Bila dah siap, terus la menuju ke masjid dengan kereta yati, dia la yang teman aku

Nak kate, berdebar, tak lah sangat...sebab bukan kita yang akad nikah kan


Lama jugak la dengar tok kadi baca kutbah nikah ni, yang laki la, makin bertambah2 debarnya


Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah...........

Sarung cincin ape semua, buat kat rumah. untuk menghormati masjid

Dah selesai semua, malam tu mencuci pinggan mangkuk perik belanga ape semua dulu baru tido dalam pukul 1-2 pagi. Habis inai kat jari aku, dah la pakai inai celup je (beli online) inai mekah. kalau pakai inai daun tu baru la tahan... Tak sempat nak topup inai sebab badan dah letih, mata mengantuk

Bersambung untuk esok majlis kenduri besar nya pulak....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Posts2 yang Lain

"BE UR SELF"

'Ya Allah golongkan lah aku dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh'