SALAM.....mst sume penah dgr kan filem 2012 yg ditayang kan bbrp thun lalu...dalam filem ni digmbarkan peristiwa semasa berlakunya kiamat. Dan yg paling mengejutkan di nyatakan juga trikh kiamat tu. Tp kita sbg islam leh ke percaya.. berdasarkan artikel ini dijelaskan bahawa hanya Allah s.w.t je yg tahu bile, dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun xtahu, malah malaikat yg meniup sangkakala jugak xtahu bile tarikh kiamat, Jadi kita sebagai umat islam hendaklah beriman dgn rukun iman salah satunya percaya hari kiamat, tapi bukannya percaya tarikh kiamat tu seperti yg byk di war2 kan.
Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun."(Riwayat Muslim)
Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasaqadhaRamadhan.
2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,Rasullullah s.a.w.telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari'Arafah, sabdanya bermaksud:"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawaRasullullah s.a.w.bersabda yang bermaksud:"Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag."(Diriwayat oleh Muslim)
3. Puasa pada bulan Muharram
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabdaRasullullah s.a.w.yang maksudnya:"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam."(Riwayat Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabdaRasullullah s.a.w.maksudnya:"Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari."(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanyaRasullullah s.a.w.telah ditanya mengenai puasa hari'Asyura(yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabdaBaginda s.a.w.yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."(Riwayat Muslim)
5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namunRasullullah s.a.w.belum sempat mengerjakannya, bagaimanapunBaginda s.a.w.bersabda maksudnya:"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,."(Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.wyang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya."(Riwayat Imam Ahmad)
6. Puasa bulan Sya'aban
Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata:"WahaiRasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban."SabdaRasullullah s.a.w.:"Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa."(Riwayat al-Nasai)
Ummu Salamah r.a. pula berkata:"Tidak pernah aku lihatRasullullah s.a.w.berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan."(Riwayat al-Turmuzi)
7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripadaRasullullah s.a.w.sabdanya:"Diperlihatkan (kehadratAllah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa."(Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepadaRasullullah sa.w.tentang puasa pada hari Isnin, makaBaginda s.a.w.menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."(Subul al-Salam)
8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya olehBaginda Rasullullah s.a.w.mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), makaBaginda Rasullullah s.a.w.bersabda yang bermaksud:Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka."(Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengarRasullullah s.a.w.bersabda bermaksud:Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescayaAllah s.w.t.membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>"(Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a.,Nabi Muhammad s.a.w.bersabda yang bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa."(Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripadaNabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)."(Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
10. Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanyaBaginda Rasullullah s.a.w.bersabda maksudnya:"Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanyaNabi Muhammad s.a.w.bersabda yang bermaksud:"Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun."Aku berkata:" WahaiRasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa).SabdaBaginda Rasullullah s.a.w."Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabdaRasullullah sa.w.bermaksud:"Puasa yang paling disukai olehAllah s.w.t.ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukaiAllah s.w.t.ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN
1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
- TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
- 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
- HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
- SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
- PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)
2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:
- PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
- PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
- PUASA WANITA YANG HAMIL
- PUASA ORANG YANG MUSAFIR
- PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
- PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
- PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
- PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
- PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)
3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)
gelombang fesyen
-------->>>>sekarang nie mcm2 fesyen ada, ish xtau la nk ckp kan. nk ikut sume pun duit xberdaya..haha. So, buat yan termampu jelakan. Tp ada raamai la jugak yg jenis up to date, xpenah miss ape jns pesyen pun. tgk diorg mak ai,mengalah kan mak datin,byk tol duit diorg nk shopin ek, ke ada sponsor.hikhik...memg la syok ikut trend nie, mst nk cube je pape yg baru, dgn nfsu membuak2.ikut nfsu memg abes licin ler duit kat lam bank tuh..hihi
Ketenangan Jiwa:
Berdoa surah al imran (ayat 8) :"Ya Allah Ya Tuhan ku, jgnlah engkau sesatkan hati kami setelah engkau memberi pentunjuk ke atas jalan yang benar. berilah rahmat kepada kami sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pemberi rahmat"...supaya ditetapkan hati kita,
Manusia mudah lupa, bile mendapat susah berkeluh kesah, merungut, tapi bila dapat kesenangan lupa kepada Allah s.w.t kecuali orang yang berterusan mengerjakan solat.
- Mengerjakan solat malam. bila ada masalah bangunlah tengah malam untuk meminta kepada Allah. Ada 4 penawar untuk orang yang solat malam. 1. merapatkan diri kepada Allah s.w.t. 2. mencegah dari melakukan perbuatan maksiat. 3. Mengahapuskan dosa. 4. Menghpuskan penyakit dalam badan. 9 keistimewaan solat tahajud:1 selamat dari bencana. 2 nampak berkat 3. disukai oleh hamba Allah 4. ucapannya penuh hikmah 5. dijadikan org yang bijaksana 6. dipimpin tgn keluar dari kubur dengan wajah yg berseri2 7. diringankan hisab. 8. mudah meniti titian siratulmustakim 9. mendapat buku amalan dgn tgn kanan
- Memahami keistimewaan zikrullah; sentiasa, bila2 masa, all the time. Masa tgh belajar telinga mendengar, tgn menulis, hati berzikir. Syurga untuk orang yg berzikir,membenarkan dgn hati dan perbuatan dan yang sentiasa meyebut 'tiada tuhan yang disembah melainkan Allah'.
- Sentiasa muhasabah diri- berfikir dulu seblm membuat suatu perkara; mulakan dari awal sebelum melakukan suatu pekerjaan. Sentiasa jadi rajin, jgn malas2.
- Bersegera melakukan amal soleh. rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 keadaan. ms muda sblm tua. ms kaya sebelum miskin.ms lapang sebelum sibuk. sihat sebelum sakit. ms hidup sebelum mati.
ikhlas
Lepas bc enti satu blog nie pasal jangan takut bersedekah, teringat kisah pasl ikhlas. seperti ada kat 'welcome' blog nie..ikhlas bukan suatu yang mudah. nak cakap kite ikhlas pn perlu berhati2 sebab takut asalnye ikhlas, tapi bile dah cakap kat orang. tbe2 jadi riak lak.bahaya tue. memg susah nak ikhlas. kalau da buat suatu yang baik tu, lebih baik diam je dari dihebahkan. peringatan untuk diri sendiri jugak. tu la kelebihan jadi orang senyap nie. xbyak ckp menda xfaedah kurang cket la'gha....tapi kadg2 tercacul gak..emm, cepat2 istighfar la.
Macam ibadah solat, dan lain2 ibadah la.sedekah and lain2.
Al- Fatihah
dulu2 time kat skola ad lagu nie...terjemah Al-Fatihah di Buat lagu..sebelum ak lupa baek ak tulisdengan menyebut namaMu YaAllah yang Maha pengasih penyayang
segala puji bagi Mu YaAllah
memelihara seluruh alam maya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanya padaMu kami menyembah dan padaMu ku memohon pertolongan
tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang2 yg beriman,
tp bukan jalan mereka yg sesat.
p/s dalam pembaikan g.lupe lirik ar
Solat sunat hajat
Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”.
ke arah hidup yang sihat
senaman; seperti biasalah
minum air cukup
bangun pagi(susahnye time cuti)
mandi pagi(lagi susah)
jaga makan(suke)
makan buah2 and sayur2(like sgt)
tidur cukup(lebih ada)
sentiasa hepi,kurangkan stress
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
credit to: Dr Fadzilah Kamsah facebook
http://www.facebook.com/fadzilahkamsah
Posts2 yang Lain
-
ALLAH TIDAK MENCIPTA PENYAKIT TANPA UBATNYA Elakkan makan yg bersifat sejuk. Cth seperti ais. Makan berjemaah krn akan mendatangkan berkat...
-
sape tak kenal dengan pemimpin kebanggaan Malaysia ni. Tun Mahathir Mohamed, ramai yang mengagumi beliau terutamanya cara beliau menangani m...
-
Minum (sebaik-baiknya minum sejam sebelum atau sejam selepas) Mandi (kerana badan dalam proses penghadaman ) Bersenam Tidur/baring Minum...
-
Mandi bermula dengan kaki dan naik keatas Makan buah sebelum makan Selepas makan jalan 50 langkah atau solat dua rakaat. Keluar rum...
-
ISNIN 18 MAC 2013~ Alhamdulillah...genap 2 tahun usia perkahwinan saya. Menjadi isteri kepada suami tercinta Ahmad Syamim bin Saarani. Doaka...









